TAGBOARD Follow




The template : Jaehyun
2nd blog : S E R A B A I

# Friendship



# Bismillahirahmanirahim.

"Selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia."

Setelah lama aku tinggalkan blog ni. Harini tetiba rajin pulak nak menaip kisah hidup aku dekat sini. Entah kenapa tetiba rajin pulak. Niat sebenar bukak lappy ni sebab nak siapkan folio sejarah. Tapi tersangkut pulak dekat blog ni. Hehe. 
Oh yeah, selamat berpuasa aku ucapankan dekat siapa-siapa jelah yang baca entry ni. Bersama-sama kita berubah kearah kebaikan, tingkatkan iman dan takwa dalam diri. Sucikan  hati. InshaAllah. 


Okay lets start the story, hari rabu minggu lepas. Sekolah aku ada hari sukan & kokurikulum. So, lets call it Hari Kantin! Okay first of all, aku nak cerita yang masa hari koku tu kelas aku ada buat jualan. Alah, simple-simple je jual. Saje cari  pengalaman. Seriously kelam kabut! Bila orang ramai datangkan, memang tak cukup tangan nak melayan dorang tu. Sampai kiteorang gaduh-gaduh manja. " Woi! Goreng ayam lagi! Dah habis." Tu ayat aku masa dekat hari koku haritu. Yang tukang goreng pulak pergi goreng  nugget sedangkan dorang dah goreng dekat sebelah bilik k.h. Aku dah penat ulang perkataan, " Takpayah goreng nugget, aisyah dah goreng dekat bilik k.h!" Menyirap jugak dengan Ridwan tu -,- Ketua kelas yang selenggerrrr je. Baru mula jual, dalam 30 minit lepas tu, air habis. Gila laku air gas kiteorang. Tengok gerai sebelah punya air gas... Tak bersentuh pun. Kesian gila. Hehe jahat aku. Actually, gerai sebelah tu ada ex-crush aku. Tu yang aku tumpu perhatian dekat gerai aku 100%. Taknak pandang dia. Nanti aku teringat balik dia dating dgn awek dia depan aku. Pergh hancur hatiku~ 
Hehe. Dekat gerai kiteorang ada jual ayam krispy,  nugget, kentang and air gas. Ayam dengan air paling laku. Nugget tu akhir sekali kiteorang yang makan. Dah takde sapa nak beli. Masa dah habis jual tu, Jamal Abdillah dengan Intan Ladyana pun sampai dekat sekolah aku. Dia punya kecoh. Tapi aku dengan budak kelas tengok kejab je pastu blah lepak dekat gerai. Bosan kot tengok dorang. Lainlah kalau Beast ke yang datang. Aku orang first beratur dekat tapak perhimpunan tu. Hehe. 



Gambar ni masa dah habis jualan. Yeah, kakak Aina datang bawak camera. Lepas dapat, apalagi. Snap sana snap sini sakan!  Lepas dah balik tu, aku dengan Aina lepak dekat sekolah sebelah. Kiteorang snap sana sini. Kiteorang memang takboleh bersama. Kalau bersama ginilah jadinya. Crazy :3
Buat gaya tudung budak sekolahlah, gambar lovelah, snap mcm photographer lah. Paling takboleh blah snap dekat depan bilik pemulihan. Ajet-ajet comel je. Masa tengah snap tu, ada mamat lalu pulak -,- K segan. Hehe. Then lepas tu ayah aku sampai but dia ambik abang aku je. Hey! What about me? Sobs sobs. Lepas ayah aku ambik abang aku, Aina pulak balik. Aku  lepak sensorang, tunggu mak aku habis mesyuarat. Okay thats all! Thanks for reading. -Pen off-